NADI Mahir Baiki Gajet Intake 3 (Minggu ke-16)-Komponen Penting Komputer
29 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 April 2026, 1 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Baiki Gajet pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang iaitu mengenali komponen penting komputer.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai komponen penting komputer serta fungsi setiap bahagian bagi menyokong kemahiran asas dalam penyelenggaraan dan pembaikan gajet. Peserta didedahkan dengan komponen seperti motherboard, CPU, RAM, storan dan bekalan kuasa serta fungsi setiap bahagian.
Penceramah menerangkan bagaimana setiap komponen berfungsi bersama dalam sistem komputer. Peserta diperkenalkan dengan cara mengenalpasti komponen secara fizikal serta fungsi asas melalui contoh atau peranti sebenar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: